SOALAN LAZIM
Siapakah Pegawai Penyemak Jabatan
Pegawai yang dilantik untuk menyemak permohonan bayaran lebih masa bagi Jabatan masing-masing. Akses didaftarkan oleh Pegawai Pelulus Jabatan.
Mengapakah Pegawai Pelulus tidak dapat mendaftar nama Pegawai Penyemak yang baru berpindah ke Jabatan
Pegawai yang baru berpindah hendaklah memastikan Pelulus Jabatan lama telah menghapuskan akses (Batal Rekod) sebagai Pegawai Penyemak di Jabatan lama sebelum pendaftaran boleh dibuat di Jabatan baru.
Siapakah Pegawai Pelulus Jabatan
Pegawai yang dilantik untuk meluluskan permohonan kelulusan bayaran lebih masa (tidak melebihi 1/3 daripada sebulan gaji pokok). Akses didaftarkan oleh Pegawai JPAN. Permohonan bayaran lebih masa yang melebihi 1/3 daripada sebulan gaji pokok akan dilanjutkan ke JPAN untuk semakan dan kelulusan.
Pegawai Penyemak atau Pelulus tidak dapat menyemak atau meluluskan permohonan melalui emel yang diterima. Apakah tindakan seterusnya

Buat ‘Clear Cache’ di laman browser yang digunakan untuk mengakses sistem.
Pegawai Penyemak/Pelulus tidak menerima emel dari pemohon/Pegawai Penyemak. Apakah tindakan seterusnya
Pemohon/Pegawai Penyemak boleh menjana semula emel kepada Pegawai Penyemak/Pelulus dengan mengklik butang mempunyai ikon Sampul Surat pada senarai permohonan.
Mengapakah ruangan Rujukan Kelulusan tidak dapat diisi
Pemandu TIDAK PERLU mengisi Rujukan Kelulusan (arahan oleh JPAN).
Bolehkah pemohon mengemaskini permohonan yang telah dihantar kepada Pegawai Penyemak
Hubungi terus Pegawai Penyemak untuk menolak permohonan tersebut agar permohonan kembali kepada pemohon dan kemaskini dapat dibuat oleh pemohon sendiri.
Bolehkah pemohon membatalkan permohonan yang telah diberi kelulusan
Klik pada Batal Permohonan di laman login dan menghubungi pihak JPAN.
Kembali
© 2017 Hak Cipta Terpelihara Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah
Matomo